My Blog List

Tuesday, April 7, 2009

Kajian Kristologi: Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu - Bahagian 1

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Kita semua telah sedia maklum
tentang agama Kristian. Tetapi adakah kita mengetahui susur galurnya yang
menyebabkannya tersebar ke rantau ini? Setiap sesuatu itu ada sejarahnya yang
tersendiri dan sesuatu proses pembelajaran tidak akan lengkap tanpa mengetahui
sejarahnya terlebih dahulu. Jika anda belajar teknologi
maklumat pun anda mesti belajar sejarah bermulanya IT, begitu lah dengan
agama Kristian, untuk kita lebih memahami Kristian maka perlulah dipelajari
sejarahnya. Sepertimana umat Kristian ada mempelajari tentang Islam melalui ilmu
Islamologi, begitu juga lah seharusnya umat Islam mempelajari
tentang Kristian melalui ilmu Kristologi.

Jangan pula anda salah faham, saya bukannya ingin mengajak anda
untuk masuk agama Kristian, tetapi saya mahu mengajak anda agar lebih mengenali
Kristian bagi memudahkan kita untuk memberi faham kepada mereka-mereka yang
masih terpedaya dengan agama yang telah diselewengkan dari ajaran asal Yesus /
Nabi Isa a.s itu. Untuk kita mendakwah mereka, kita mesti faham keadaan mereka,
baru nanti tidak terpinga-pinga untuk menjawab hujjah dari mereka. Jika kita
hanya memberi hujjah dari kaca mata Islam, sudah tentu amat payah bagi mereka
untuk menerimanya kerana bagi mereka, Islam itu bukan agama yang betul dalam
kaca mata mereka. Maka adalah perlu kita fahami agama mereka, dan nanti kita
boleh terangkan mana yang tidak betul dalam ajaran mereka, bandingkan kedua
agama besar ini agar mereka pun menjadi faham dan insyaAllah nanti akan
terserlah mana yang HAK dan mana yang BATHIL.

Tetapi bagi yang Muslim, adalah dinasihatkan agar fahami dulu
Islam dengan sebaik mungkin dan kuatkan aqidah terlebih dahulu sebelum menongkah
lebih jauh. Jangan pula kita tidak ada asas yang kukuh dalam Islam sudah mahu
mengkaji lebih jauh dalam agama mereka, dibimbangi lain pula jadinya nanti. Maka
ilmu agama Islam perlu diperkukuhkan terlebih dahulu, sekurang-kurangnya asas
mesti tahu. Nanti baru lah insyaAllah sesuai untuk kita mengkaji dengan lebih
mendalam tentang Kristian. Bukan sahaja dapat memberi kita ilmu untuk mendakwah
mereka, tetapi juga dapat menambah dan menguatkan IMAN
kita sendiri terhadap agama yang HAK / BENAR dan satu-satunya agama yang
diredhai Allah S.w.t iaitu ISLAM.

Agama Kristian berasal dari Palestine, di
Timur Tengah. Agama Kristian mula tersebar luas di tiga buah benua iaitu Afrika,
Eropah dan Asia. Di Afrika, Kristian menjadi agama rasmi negara Habsyah dalam
abad ke 4. Daerah Asia terutamanya Asia selatan dan Asia Timur menerima Kristian
agak terlewat sedikit. Perluasan besar Kristian berlaku di Eropah, kemudian ia
menular ke bahagian-bahagian lain dunia.

Kedatangan Kristian ke daerah nusantara Melayu (Malaysia,
Filipina dan Indonesia) sangat rapat hubungannya dengan gerakan perluasan daerah
Portugal, Sepanyol dan Belanda. Pada tahun 1511, orang-orang Portugis telah
menawan kota dan pelabuhan Melaka, dan menjadikannya sebagai pusat kegiatan
mereka. Kemudian mereka menyelinap masuk ke Maluku, Tiongkok dan Jepun. Di mana
sahaja mereka membuat kolonisasi yang tetap , mereka mengubah agama
penduduk-penduduknya menjadi Kristian dan memperkenalkan bahasa Portugis.

Asas kemasukan Kristian ke kepulauan
Melayu ini pun nyata sudah berbeza dengan Islam. Kristian masuk melalui
penjajah yang dengan rakusnya menjajah negara orang lain, sedangkan Islam hanya
masuk melalui pedagang2 Arab, India dan beberapa bangsa lagi dengan cara
perdagangan. Mereka berdagang dan sambil-sambil itu mereka mendakwah agama Islam
dengan cara yang baik, alhamdulillah.

Sementara orang-orang Portugis meluaskan daerahnya ke Timur,
orang-orang Sepanyol pula meluaskan daerahnya ke arah Barat. Mereka menakluki
daerah yang luas di benua Amerika dan dari Amerika kemudiannya ke Lautan Teduh.
Filipina merupakan daerahnya yang paling utama di Lautan Teduh dan di sana
mereka bertapak secara kekal sejak tahun 1565. Undang-undang Sepanyol dan
undang-undang Portugis terhadap perkara agama, bahasa dan kebudayaan pada
umumnya sama dengan Portugis. Malah sebenarnya sejak tahun 1580 hingga ke tahun
1640 setelah Portugal ditakluki oleh Philip II, Raja Sepanyol (1527 - 1598) yang
juga telah memberikan namanya kepada Filipina, maka Sepanyol dan Portugis telah
disatukan di bawah pemerintahan Sepanyol yang tunggal.

Philip II telah tercatat dalam sejarah sebagai seorang pembela
kepercayaan Roman Katolik yang berani. Dia menganggap orang-orang Moor dan
orang-orang Kristian Protestant sebagai musuhnya yang utama. Dia telah menentang
Kristian Protestant terutama sekali di negeri Belanda yang di bawah
pemerintahannya. Negara tersebut telah memberontak terhadapnya dengan berhasil
sekali. , dan kejadian ini bukan sahaja penting ertinya bagi Eropah, kerana
peperangan Hispano-Portugis menentang ‘Moor’ dan Protestant itu tidak terbatas
di Eropah dan daerah Laut Tengah yang berjiran dengannya sahaja, tetapi juga
telah dilanjutkan hingga ke Asia Tenggara.

Apabila orang-orang Sepanyol sampai di Mindanao di Filipina,
setelah mengelilingi setengah bulatan dunia ini dari arah barat, mereka telah
berhadapan dengan musuh tradisinya di bahagian paling timur, iaitu orang-orang
Islam. Orang2 Islam ini mereka sebut juga sebagai orang2 ‘Moro’. Dalam abad ke
17, didapati bahawa orang2 Belanda bekerjasama dengan orang2 Islam / Moro ini
dalam perjuangannya menentang Sepanyol, dan kekuasaan Sepanyol hampir menemui
nasib yang sama dengan nasib orang2 Portugis di Asia Tenggara.

Pada tahun 1602, Syarikat Hindia-Timur yang terkenal dengan
nama V.O.C (Verenigde Oostindische Compagnie) telah ditubuhkan.
Syarikat ini bukan sahaja bertindak sebagai syarikat dagang tetapi juga menerima
hak2 kekuasaan. Syarikat ini diberi izin untuk mengikat perjanjian dan
persekutuan dengan pengiran2 dan lain2 raja yang berkuasa atas nama negara
Belanda, dan juga untuk mendirikan perbentengan dan mengambil serta mengangkat
pegawai2 pentadbir, hakim2 dan askar2 tetapi semuanya itu harus mengangkat
sumpah taat setia kepada pemerintahan negara Belanda.

Dalam masa abad ke 17, kekuasaan orang2 Portugis di Asia
Tenggara telah pecah, dan pemerintahan orang2 Sepanyol hanya terbatas kepada
Filipina sahaja. Jatuhnya Melaka (1641) secara khusus telah menguntungkan
kedudukan perdagangan di Betawi yang menjadi pusat kekuasaan Belanda di Asia.
Akhirnya satu sahaja daerah yang menjadi milik orang2 Portugis dan dalam hal
ini, kepulauan timur Portugis mempunyai kedudukan yang sama di Asia Tenggara
seperti Makao di Asia Timur.

Kekuasaan Eropah di Asia Tenggara dalam abad ke 17 dan ke 18
tidak bertambah dari keadaannya dalam abad ke 16. Kemerosotan kekuatan Sepanyol
juga secara umum telah mula dirasai di Filipina. Daerah jajahan Belanda terdiri
dari beberapa pusat yang kuat, biasanya di pesisir dan dari pesisir daerah
pengaruhnya mencapai masuk ke pedalaman atau di sepanjang jalan kapal. Dalam
abad yang ke 18, pengaruh Belanda bertambah kuat lagi di Jawa, tetapi gambaran
pada umumnya ialah bahawa daerah di bawah V.O.C itu masih dan tetap menjadi
sebuah koloni perdagangan.

Pada kebanyakan tempat, terutama di Maluku, penggantian
pemerintahan Portugis dengan pemerintahan Belanda melibatkan pula satu
penggantian agama Kristian dari mazhab Roman Katolik menjadi mazhab Protestant.
Akan tetapi sebuah pertubuhan dagang seperti V.O.C tidak begitu berminat untuk
menukar agama di tempat2 miliknya dan daerah2 pengaruhnya seperti negara2
Portugal dan Sepanyol. Malah sebenarnya setelah kegiatan misi2 Roman Katolik
menggelombang naik pada pertengahan abad ke 16 , maka kemerosotan telah berlaku
dalam masa 25 tahun yang terakhir dalam abad itu , sehingga yang demikian
tidaklah dapat dilihat sesuatu kemajuan agama Kristian yang nyata di daerah2
tersebut.

Pada akhir abad yang ke 18 dan permulaan abad ke 19, beberapa
peristiwa telah berlaku seperti pembubaran V.O.C, masa peralihan yang singkat di
bawah pemerintahan Inggeris, dan pembentukan Hindia-Timur Belanda di bawah
pemerintahan Belanda. Daripada sebuah koloni dagang menjadi sebuah koloni
pertanian, yang berpusat di Jawa. Daerah ini tidak meliputi Melaka, yang
ditakluk oleh Inggeris pada 1824.

Masa permulaan 25 tahun dalam abad ke 19 merupakan satu masa
pengawasan negara dan perencanaan negara secara tersusun. Raja William I (yang
memerintah dari 1813-40) menjadi penganjur siasah tersebut. Dia meneruskan
kegiatan2 gereja zaman V.O.C dalam ‘Gereja Protestant di Hindia Belanda’. Gereja
ini telah didirikan tersendiri dari gereja protestant di negeri Belanda.

V.O.C telah mempengaruhi pihak2 gereja yang berkuasa dalam hal
memilih kaum pendeta Protestant untuk bekerja di timur, dengan jalan membuat
tuntutan2 istimewanya sendiri, tetapi sekurang2 nya pemilihan itu pada saat
terakhirnya tetap merupakan perkara dalam lingkungan kuasa gereja. Pemilihan di
negara Belanda telah ditugaskan kepada sebuah jawatankuasa yang diangkat oleh
raja, dan di dalam jawatankuasa ini hanya satu atau dua orang2 terkemuka gereja
yang menjadi anggota kerana kedudukannya itu.

Semua penganut Protestant di Hindia-Belanda harus menjadi
anggota gereja Protestant di daerah itu, biar apa pun jua bangsa atau
kepercayaannya. William I telah memberikan kepada gereja ini konstitusi yang
menjunjung dasar bahawa sesuatu hal yang dilakukan di Hindia Belanda haruslah
dengan pengetahuan dan campur tangan pemerintah. Majlis gereja Betawi kini
secara rasmi telah diberi satu fungsi kepimpinan di dalam gereja, sebagai
lanjutan keadaan yang telah berkembang di bawah V.O.C. Sampai lama dalam abad
ke 19 , satu peraturan baru masih terus berlaku bahawa presiden dewan gereja itu
mestilah seorang anggota dewan tertinggi dalam negeri iaitu Dewan Kepulauan
Hindia Belanda. Pengangkatan oleh gereja tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan
pemerintah.

Apabila tugas2 gereja di timur secara tegas diletakkan di bawah
pengawasan pemerintah dalam abad ke 17, maka keadaan itu pada permulaannya telah
menimbulkan protes daripada pihak gereja yang berkuasa di negeri Belanda dan
juga di Betawi. Kemudian hal itu telah diterima tanpa sungutan , sebagai
lanjutan keadaan dalam zaman V.O.C. Pada hakikatnya, pengawasan negara terhadap
gereja pada masa itu malah diperkuatkan dari sebelumnya. Dalam zaman V.O.C
gereja tidak dapat berkembang sedemikian rupa sehingga menarik perhatian, kerana
kepentingan dagang biasanya mengatasi kepentingan gereja tetapi pada dasarnya
perluasan daerah gereja telah diakui oleh pihak yang berkuasa.

Sampai di sini dahulu dalam bahagian pertama ini dan dalam
bahagian kedua nanti insyaAllah akan diberikan penjelasan tentang kemasukan
Kristian ke Tanah Melayu dan konsep-konsep asas iman mereka. Kesimpulannya,
sejarah sendiri telah membuktikan bahawa kemasukan agama Kristian ke kepulauan
melayu ini adalah melalui PENJAJAHAN , tidak seperti meluasnya
Islam di daerah sini dengan melalui jalan PERDAGANGAN. Maka ini
tertolak hujjah-hujjah dari Kristian yang mengatakan bahawa Islam tersebar
dengan pedang, sedangkan yang kita dapat lihat agama kristian lah yang tersebar
melalui peperangan dan penjajahan.

Ini berbeza dengan apa yang berlaku dalam zaman Nabi
Muhammad S.a.w. Islam bukan semata2 tersebar melalui pedang, tetapi kita
lihatlah permulaan dakwah Islam itu hanya dengan cara one to one, dan dengan
cara yang amat berhikmah. Tetapi setelah Islam diserang, orang2 Islam diseksa
dan dibunuh, barulah Allah perintahkan agar Nabi
dan para sahabat bersiap sedia untuk berperang. Tetapi lihatlah, peperangan
BUKAN dimulakan oleh Islam, malahan Islam terpaksa berperang kerana diserang
terlebih dahulu. Bagi mereka yang mempunyai hati yang jernih dan terang, fikiran
yang matang dan akal yang waras dapat menilai sendiri tentang perkara tersebut. Wallahu a’lam ....

Mengapa Wanita Suka Menangis

Wanita Cantik yg suka Menangis...
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan nya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatan nya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,s usuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita. Jika Anda lakukan, Anda akan menambah harga diri wanita! Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata tetapi selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik..