My Blog List

Wednesday, September 30, 2009

rererereraya......

SALAM AIDLIFITRI

huk2...
raye dtg lg lol....
btw aku semestinyer raye kat n9 lah kan....
tp dah lame dah aku x blk jb sejak mak aku ader krisis kat bekas tmpt keje dia..
:D
huhu....
so aku skrg bertapak lah kat wilayah tengah nie...
:D
aku pun tatau dah jb 2 cemane rupenyer...
hope aku dpt lah blk secpt mungkin..
rindu tol kwn2 aku kat jb...
huhai.....
btw tis year aku still lg dpt duet raye...
huhu...
tp x sekencang dlu lah kan...
:D
beselah ekonomi lembab...



btw smlm aku br je pas g raye kat umah linda onn...
dpt jumpe lg...
huu...
mmg giler ah umah dia kat beverly heights...
n then g umah baru dia kat setia hills...
wow!!!

(kiri: kak lin, linda onn, efa, fatin, my lovely mum)
aku semetinyer yg tgh pegang camera lah kan... :D

mmg giler punye umah lah....
kematian aku tgk...
aku pun x sabo2 nak bli umah cam 2 gak...
:D
so aku stop kat sni dlu lah...
:D
SeLAmAt Hari RaYa....

Friday, September 11, 2009

siapa anwar ibrahim??


Anwar Ibrahim...



Kalau anwar bukan penyokong Israel, kenapa anwar sokong Paul Wolfowitz, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika. Ketika diwawancara oleh Stephen Sackur dalam program BBC HARD TALK, 10 Mei 2005, anwar bermati-matian mempertahankan Wolfowitz, ketika seluruh dunia umat Islam mengecam tindakan kejamnya membunuh ribuan umat Islam di Iraq.

Anwar bela seorang Yahudi, Zionis bernama Paul Wolfowitz, tetapi dalam masa sama anwar kecam seorang muslim bernama Osama bin Laden, sedangkan Wolfowitz yang anwar bela telah terbukti sebagai penjenayah dan arkitek perang Iraq yang dibenci oleh seluruh dunia, manakala Osama Laden, yang anwar kecam gagal dibuktikan sebagai teroris.


Steve Clemons kata anwar penyokong Annapolis Summit

Steve Clemons seorang blogger tersohor terkemuka di Amerika menulis dalam blog popularnya, The Washington Note bahawa anwar terlibat sama menyokong Annapolis Summit yang diusahakan oleh Presiden Bush dan Condoleeza Rice.

Menurut Steve Clemons anwar salah seorang yang menandatangani surat sokongan Annapolis Summit. Anwar tandatangani sokongan itu atas kapasiti sebagai AJK Kehormat International Crisis Group (ICG) bersama-sama dengan sahabat-sahabat Amerika anda seperti; JOHN McLAUGHLIN (bekas Timbalan pengarah CIA), JOHN MALOTT, (bekas Pesuruhjaya EU for Foreign Relations ), RITA HAUSER (RAND Corporation Board Member) dan lain-lain. Bukti klik disini http://www.thewashingtonnote.com/archives/002540.php

Apa itu Annapolis Summit ? Annapolis Summit adalah 'perjanjian damai' antara Palestin yang diwakili oleh Mahmod Abbas (Fatah) dengan Ehud Olmert (ketika itu Perdana Menteri Israel) untuk mengiktiraf Isarel sebuah negara yang sah dan mengiktiraf Abbas sebagai Perdana Menteri Boneka Israel di Palestin. Klik di sini http://www.thewashingtonnote.com/archives/Annapolis%20Summit%20Statement.htm

Ketika majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas menolak Annapolis Summit, anwar pula bersekongkol dengan Amerika menyokong penubuhan negara Israel.


Gershon Baskin kata anwar anti Hamas

Kamu kenal Gershon Baskin ? Dia adalah seorang Yahudi, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Maklumat Israel/Palestin (IPCRI). Dia dakwa pernah jumpa anwar di Amerika sebanyak dua kali pada tahun 2005 untuk bertanyakan tentang Hamas. Apa yang anwar jawab tentang Hamas kepada Gershon Baskin?

Gershon Baskin kata anwar telah mencerca Hamas sebagai tidak demokrasi dan tidak boleh menyertai pilihanraya di Palestin kerana Hamas mempunyai pasukan bersenjata.

Jawapan tegas anwar itu yang mengecam Hamas, sangat disukai oleh Gershon Baskin hingga dia membuat catatan khas memuji anwar dengan mengatakan "sekiranya Anwar Ibrahim rakyat Palestin, isu perbalahan Palestin-Israel akan selesai kerana Anwar Ibrahim boleh duduk semeja berunding dengan Ariel Sharon (bekas Perdana Menteri Israel). klik di sini http://web.israelinsider.com/bin/en.jsp?enDispWho=Article^l7476&enPage=ViewsPage&enDisplay=view&enDispWhat=object&%20enVersion=0&enZone=Views&enScript=PrintVersion.jsp&


Website moon of Alabama kata Foundation For The Future missinori Amerika perkuatkan Israel

Anwar bermati-matian menafikan Foundation For The Future yang pernah anwar pengerusikan sebagai alat tajaan Amerika. Anwar beritahu rakyat muslim Malaysia bahawa Foundation itu seolah-olah anwar yang buat dengan bantuan kewangan daripada negara-negara Islam di Timur Tengah. Klik di sini http://anwaribrahimblog.com/2007/05/20/kenyataan-media-foundation-for-the-future/

Tetapi rakyat Malaysia boleh boleh diperbodohkan dengan tulisan dan kata-kata anwar semata-mata. Jabatan Negara Amerika mewartakan bahawa Foundation for The Future adalah projek tajaan mereka di Timur Tengah melalui projek Amerika yang dinamakan BMENA (the Broader Middle East and North Africa). Malah anwar sendiri dilantik menerajui foundation itu dengan eshan Amerika Syarikat. Klik di sini http://www.state.gov/r/pa/prs/ps/2006/60297.htm

Apakah misi Foundation For The Future di Timur Tengah ? Laman website moon of Alabama mendedahkan seorang blogger terkemuka Amerika bernama Billmon mendedahkan fungsi utama Foundation itu memberi tajaan dan bekalan senjata kepada kumpulan Fatah, pimpinan Mahmod Abbas (pro Israel/Amerika) supaya melawan kumpulan Hamas. Klik di sini http://www.moonofalabama.org/2007/04/wolfowitz_cia_l.html

Apakah ini peranan anwar dalam Foundation For The Future sebenarnya ? Memang benar, sebab itu anwar takut mengaku yayasan yang terajui itu ditaja oleh Amerika, kerana bimbang agenda jahat akan pecah dan diketahui oleh umat Islam.


Anwar tidak bersungguh kecam Israel

Sehari dua ini, anwar kerap menulis di blog mengecam Israel dan Amerika kerana kekejaman di Palestin. Tahniah diucapkan. Anwar memperlekehkan Bush/Cheney sebagai faktor penyebab serangan Israel itu. Semua orang tahu maksud anwar itu, kecaman anwar itu semata-mata menurut skrip kerana anwar tahu Bush/Cheney bakal kehilangan kuasa tidak lama lagi.

Anwar tidak mengecam Barack Obama dan Hillary Clinton. Kenapa ? Walhal serangan ke atas Palestin dilakukan semasa pemerintahan regim Obama ? Anwar juga tidak bersungguh mengecam Israel, ditulis kabur-kabur supaya orang keliru dan dalam masa sama mengecam dunia Arab.

Selalunya jika anwar anggap kenyataan media yang sangat penting, anwar akan susun dalam bahasa formal dan dibuat dua versi. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Motifnya sangat jelas, tulisan Bahasa Melayu ditujukan kepada rakyat Malaysia, manakala tulisan Bahasa Inggeris ditujukan kepada rakan-rakan anwar di Barat supaya mereka mengerti visi anwar terhadap sesuatu isu.

Tetapi dalam kes Ghazza, anwar hanya buat versi Bahasa Malaysia sahaja dan tulisan anwar tidak menyakinkan pembaca, kecuali terpancar unsur mempertahankan pengaruh politik agar tidak dihakis oleh tsunami Israel.

Kedutaan Amerika di Malaysia pun tidak memahami tulisan Bahasa Melayu anwar, apatah lagi rakan-rakan anwar di Barat terutamanya di Amerika tidak memahami langsung tulisan Bahasa Melayu anwar itu.


Anwar sendiri mengaku baca karya Yahudi, Hana Arent, sokong Holocaust

Anwar sendiri mengakui pernah membaca buku karya Hana Arent, seorang Yahudi di Jerman. Anwar mengupas isi kandungan buku itu yang mempertahankan Holocaust, iaitu suatu mitos yang Yahudi dendangkan secara zaman berzaman bahawa rakyatnya dibunuh dengan kejam secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman.



Cara penceritaan anwar (video yang pernah diterbitkan oleh AIDC) mengambarkan anwar sangat teruja dan sangat simpati dengan pembunuhan Yahudi-Holocaust itu. Begitu syahdu sekali simpati anwar dengan pembunuhan itu.

Cara berfikir anwar sama dengan rakan baiknya, Gus Dur yang mempertahankan kewujudan Holocaust dan sanggup mengecam Mahmoud Ahmadinejab, Presiden Iran yang mendakwa Holocaust hanya mitos dan propanganda Israel.

Bezanya Gus Dur lebih berterus terang sokongannya kepada Israel, tetapi anwar, bersimpang siur tetapi maksud akhirnya sama matlamat dengan Gus Dur.

Anwar Ibrahim, usah munafik, siapa kawan-kawan anwar di Amerika yang membantunya. Siapa Al Gore, siapa Madeline Albright, siapa Cohen, siapa Carl Gershman. Bukankah semua itu Yahudi neokoservatif Amerika yang berusaha melemahkan negara Islam dan bercita-cita memperkuatkan negara Israel ?

pendapat korang cmne? saje nk tau kot2 ade kenyataan yg salah disini...

Awas Perangkap Christian Untuk Remaja Islam....



Disiarkan pada Khamis, 28 Disember 2006 @ 19:57:31 oleh simpLe_sHida
Tazkirah qasih menulis: Artikel ni ana ambil dpd email forkad... Semoga menjadi iktibar untuk kita dan moga kita semua sentiasa tergolong dalam golongan yang beriman walau bagaimana hebat pun ancaman yang kita terima dari puak2 yahudi & musuh ISLAM yang lain.. InsyaALLAH..

AWAS PERANGKAP- ANAK2 ISLAM

Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah dari. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, dari. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam.

Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh dari. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain,..pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan "Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh dari. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-..pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah,sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, sama ada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga.

Kemudian,..mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"

Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur,ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "..ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.

Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka,mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikira benar- benar mengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggungjawa..p diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya.., maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama"

Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"

Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa)yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita"

Untuk makluman semua,mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan dari. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut dari. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima... ... ... hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana. Amin... ... Ya Rabbil A'lamin.



Tazkirah

Yang paling banyak dibaca dalam Tazkirah:
# PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu

Terkini dalam Tazkirah:

* Renungan : Adakah anda wanita muslimah yang berfikir?

* Aku Hamalatul Quran

* Jika Aku Jatuh Cinta

* Diari Seorang Muslimah Soleha

* Diari Seorang Muslimah Soleha



Yang Berkaitan

* Lagi Artikel Tazkirah
* Aktikel lain diluluskan oleh: simpLe_sHida



Untuk mencetak Hantar pada Sahabat

Erti Politik Di Mata Rakyat . . Diabaikan,​Menyedihkan.​ . . .

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya​,​ ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.

Lima Belas Maksiat Yang Mengundang Bala

Maksud hadis : " Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: " Apa bila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk yang lain. " - Hadis Riwayat At-Tarmizi -


Dipetik dari buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al Banjari An Nadwi.

Thursday, September 10, 2009

renung2kan....


semoga sesape yang ader interview, leh berjaya... :D

amin....

Wednesday, September 9, 2009

BAHAYA....

Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin
memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

-Bernama


ape nak jadi dgn dunia skrg nie... btw kite sbgai rakyat malaysia nie pun terlalu taksub sgt dengan owg2 indonesia nie... dgn lagunyer, dramanyer... x tau lah kan nak ckp ape lg tp masing2 kne beringat lah....
same2 lah kite jaga keamanan di malaysia ni....