My Blog List

Friday, September 11, 2009

siapa anwar ibrahim??


Anwar Ibrahim...



Kalau anwar bukan penyokong Israel, kenapa anwar sokong Paul Wolfowitz, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika. Ketika diwawancara oleh Stephen Sackur dalam program BBC HARD TALK, 10 Mei 2005, anwar bermati-matian mempertahankan Wolfowitz, ketika seluruh dunia umat Islam mengecam tindakan kejamnya membunuh ribuan umat Islam di Iraq.

Anwar bela seorang Yahudi, Zionis bernama Paul Wolfowitz, tetapi dalam masa sama anwar kecam seorang muslim bernama Osama bin Laden, sedangkan Wolfowitz yang anwar bela telah terbukti sebagai penjenayah dan arkitek perang Iraq yang dibenci oleh seluruh dunia, manakala Osama Laden, yang anwar kecam gagal dibuktikan sebagai teroris.


Steve Clemons kata anwar penyokong Annapolis Summit

Steve Clemons seorang blogger tersohor terkemuka di Amerika menulis dalam blog popularnya, The Washington Note bahawa anwar terlibat sama menyokong Annapolis Summit yang diusahakan oleh Presiden Bush dan Condoleeza Rice.

Menurut Steve Clemons anwar salah seorang yang menandatangani surat sokongan Annapolis Summit. Anwar tandatangani sokongan itu atas kapasiti sebagai AJK Kehormat International Crisis Group (ICG) bersama-sama dengan sahabat-sahabat Amerika anda seperti; JOHN McLAUGHLIN (bekas Timbalan pengarah CIA), JOHN MALOTT, (bekas Pesuruhjaya EU for Foreign Relations ), RITA HAUSER (RAND Corporation Board Member) dan lain-lain. Bukti klik disini http://www.thewashingtonnote.com/archives/002540.php

Apa itu Annapolis Summit ? Annapolis Summit adalah 'perjanjian damai' antara Palestin yang diwakili oleh Mahmod Abbas (Fatah) dengan Ehud Olmert (ketika itu Perdana Menteri Israel) untuk mengiktiraf Isarel sebuah negara yang sah dan mengiktiraf Abbas sebagai Perdana Menteri Boneka Israel di Palestin. Klik di sini http://www.thewashingtonnote.com/archives/Annapolis%20Summit%20Statement.htm

Ketika majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas menolak Annapolis Summit, anwar pula bersekongkol dengan Amerika menyokong penubuhan negara Israel.


Gershon Baskin kata anwar anti Hamas

Kamu kenal Gershon Baskin ? Dia adalah seorang Yahudi, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Maklumat Israel/Palestin (IPCRI). Dia dakwa pernah jumpa anwar di Amerika sebanyak dua kali pada tahun 2005 untuk bertanyakan tentang Hamas. Apa yang anwar jawab tentang Hamas kepada Gershon Baskin?

Gershon Baskin kata anwar telah mencerca Hamas sebagai tidak demokrasi dan tidak boleh menyertai pilihanraya di Palestin kerana Hamas mempunyai pasukan bersenjata.

Jawapan tegas anwar itu yang mengecam Hamas, sangat disukai oleh Gershon Baskin hingga dia membuat catatan khas memuji anwar dengan mengatakan "sekiranya Anwar Ibrahim rakyat Palestin, isu perbalahan Palestin-Israel akan selesai kerana Anwar Ibrahim boleh duduk semeja berunding dengan Ariel Sharon (bekas Perdana Menteri Israel). klik di sini http://web.israelinsider.com/bin/en.jsp?enDispWho=Article^l7476&enPage=ViewsPage&enDisplay=view&enDispWhat=object&%20enVersion=0&enZone=Views&enScript=PrintVersion.jsp&


Website moon of Alabama kata Foundation For The Future missinori Amerika perkuatkan Israel

Anwar bermati-matian menafikan Foundation For The Future yang pernah anwar pengerusikan sebagai alat tajaan Amerika. Anwar beritahu rakyat muslim Malaysia bahawa Foundation itu seolah-olah anwar yang buat dengan bantuan kewangan daripada negara-negara Islam di Timur Tengah. Klik di sini http://anwaribrahimblog.com/2007/05/20/kenyataan-media-foundation-for-the-future/

Tetapi rakyat Malaysia boleh boleh diperbodohkan dengan tulisan dan kata-kata anwar semata-mata. Jabatan Negara Amerika mewartakan bahawa Foundation for The Future adalah projek tajaan mereka di Timur Tengah melalui projek Amerika yang dinamakan BMENA (the Broader Middle East and North Africa). Malah anwar sendiri dilantik menerajui foundation itu dengan eshan Amerika Syarikat. Klik di sini http://www.state.gov/r/pa/prs/ps/2006/60297.htm

Apakah misi Foundation For The Future di Timur Tengah ? Laman website moon of Alabama mendedahkan seorang blogger terkemuka Amerika bernama Billmon mendedahkan fungsi utama Foundation itu memberi tajaan dan bekalan senjata kepada kumpulan Fatah, pimpinan Mahmod Abbas (pro Israel/Amerika) supaya melawan kumpulan Hamas. Klik di sini http://www.moonofalabama.org/2007/04/wolfowitz_cia_l.html

Apakah ini peranan anwar dalam Foundation For The Future sebenarnya ? Memang benar, sebab itu anwar takut mengaku yayasan yang terajui itu ditaja oleh Amerika, kerana bimbang agenda jahat akan pecah dan diketahui oleh umat Islam.


Anwar tidak bersungguh kecam Israel

Sehari dua ini, anwar kerap menulis di blog mengecam Israel dan Amerika kerana kekejaman di Palestin. Tahniah diucapkan. Anwar memperlekehkan Bush/Cheney sebagai faktor penyebab serangan Israel itu. Semua orang tahu maksud anwar itu, kecaman anwar itu semata-mata menurut skrip kerana anwar tahu Bush/Cheney bakal kehilangan kuasa tidak lama lagi.

Anwar tidak mengecam Barack Obama dan Hillary Clinton. Kenapa ? Walhal serangan ke atas Palestin dilakukan semasa pemerintahan regim Obama ? Anwar juga tidak bersungguh mengecam Israel, ditulis kabur-kabur supaya orang keliru dan dalam masa sama mengecam dunia Arab.

Selalunya jika anwar anggap kenyataan media yang sangat penting, anwar akan susun dalam bahasa formal dan dibuat dua versi. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Motifnya sangat jelas, tulisan Bahasa Melayu ditujukan kepada rakyat Malaysia, manakala tulisan Bahasa Inggeris ditujukan kepada rakan-rakan anwar di Barat supaya mereka mengerti visi anwar terhadap sesuatu isu.

Tetapi dalam kes Ghazza, anwar hanya buat versi Bahasa Malaysia sahaja dan tulisan anwar tidak menyakinkan pembaca, kecuali terpancar unsur mempertahankan pengaruh politik agar tidak dihakis oleh tsunami Israel.

Kedutaan Amerika di Malaysia pun tidak memahami tulisan Bahasa Melayu anwar, apatah lagi rakan-rakan anwar di Barat terutamanya di Amerika tidak memahami langsung tulisan Bahasa Melayu anwar itu.


Anwar sendiri mengaku baca karya Yahudi, Hana Arent, sokong Holocaust

Anwar sendiri mengakui pernah membaca buku karya Hana Arent, seorang Yahudi di Jerman. Anwar mengupas isi kandungan buku itu yang mempertahankan Holocaust, iaitu suatu mitos yang Yahudi dendangkan secara zaman berzaman bahawa rakyatnya dibunuh dengan kejam secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman.



Cara penceritaan anwar (video yang pernah diterbitkan oleh AIDC) mengambarkan anwar sangat teruja dan sangat simpati dengan pembunuhan Yahudi-Holocaust itu. Begitu syahdu sekali simpati anwar dengan pembunuhan itu.

Cara berfikir anwar sama dengan rakan baiknya, Gus Dur yang mempertahankan kewujudan Holocaust dan sanggup mengecam Mahmoud Ahmadinejab, Presiden Iran yang mendakwa Holocaust hanya mitos dan propanganda Israel.

Bezanya Gus Dur lebih berterus terang sokongannya kepada Israel, tetapi anwar, bersimpang siur tetapi maksud akhirnya sama matlamat dengan Gus Dur.

Anwar Ibrahim, usah munafik, siapa kawan-kawan anwar di Amerika yang membantunya. Siapa Al Gore, siapa Madeline Albright, siapa Cohen, siapa Carl Gershman. Bukankah semua itu Yahudi neokoservatif Amerika yang berusaha melemahkan negara Islam dan bercita-cita memperkuatkan negara Israel ?

pendapat korang cmne? saje nk tau kot2 ade kenyataan yg salah disini...

No comments: